Perkongsian ilmu, teknik pengajaran, dan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. "Terokai dunia belajar sambil bermain."
Thursday, March 19, 2026
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT (Kitaran hidup rama- rama .,Tunjang Utama : Sains danTeknologi)
Rancangan Pengajaran Slot / Aktiviti Prasekolah
Kelas : 3 Murni
Tarikh : 10 November 2016
Hari : Khamis
Masa : 9.30- 10.00 pagi
Bil. Murid : 25 orang
Umur : 6 Tahun
Modul : Bertema
Tajuk/Tema :Kitaran hidup rama- rama
Tunjang Utama : Sains danTeknologi
Standard Kandungan : (ST 3.4) Menjalankan penerokaan ke atas ciri habitat, cara pergerakan , jenis makanan, kitaran hidup haiwan jinak yang biasa dijumpai.
Standard Pembelajaran : 1. (ST 3.4.8) Memerhati dan menceritakan kitaran hidup haiwan yang biasa dijumpai.
2.(ST 13.3) Menggunakan CD dan VCD untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran.
Kesepaduan Tunjang : (PSE 2.3.6) Berinteraksi dengan yakin.
Objektif Pembelajaran :Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Murid dapat menyebut perkataan yang berkaitan kitaran hidup rama- rama.
2. Murid dapat memadankan perkataan dengan gambar.
3. Murid dapat menyanyikan lagu kitaran hidup rama- rama.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah biasa melihat rama- rama.
Kemahiran Berfikir (KB) : Menyusun urutan, menyuai padan dan meyelesaikan masalah.
Penerapan Nilai : Yakin, kasih sayang, berdisiplin, cermat.
Alat Bantu Mengajar : Kostum rama- rama, roda kitaran hidup rama-rama, kad perkataan, gambar rama- rama, laptop, lirik lagu.
Fokus Kecerdasan Pelbagai; Verbal Linguistik, Muzikal, Kinestetik, Intrapersonal, Visual Septial.
Kosa Kata : Serangga, rama- rama, pupa , larva, kepompong.
Langkah / masa | Isi pembelajaran | Aktiviti | Catatan/ABM |
Set Induksi (5 minit) | Tajuk lagu : Rama-rama
Rama- rama sejenis haiwan atau serangga?
Apakah makanan rama- rama?
| 1. Murid beraksi seperti seekor rama- rama sambil diiringi dengan lagu rama- rama. 2. Murid menjawab soalan guru berkenaan rama- rama |
Kostum rama-rama, laptop, speaker, lcd, lagu rama- rama. |
Langkah 1 (10 minit) | Roda kitaran hidup rama- rama Larva, Telur, kepompong, | 1. Murid mendengar guru menceritakan roda kitaran hidup rama- rama kepada murid. 2. Murid melihat kad perkataan yang ditunjukkan dan menyebut sekali perkataan. 3. Murid melaksanakan aktiviti suai padan, dan mengisi perkatan dengan gambar. |
Roda kitaran hidup rama- rama,kad- kad perkataan.
MI : Verbal Linguistik. |
Langkah 2 (5 minit) | Power Point Kitaran hidup rama- rama | 1. Murid mendengar penerangan guru terhadap aktiviti power point yang hendak dijalankan. 2. Murid menjawab menjawab soalan dalam power point yang telah disediakan. | Laptop, lcd.
PN : Yakin diri MI : Kinestetik, Verbal Saptial. KB : Menyelesaikan masalah. |
Langkah 3 (5 minit) | Lagu : Kitaran hidup rama-rama.
”Dari ulat jadi kepompong, Tidu nenyak tidur dalam kelongsong,
Tiba masa kepompong pecah, “pom”.Jadilah rama-rama yang indah.
Rama-rama terbang merata.Hisap madu dipohon bunga.Tapi sayang hidup tak lama”
| 1. Murid berada dalam bulatan seperti arahan guru. 2. Murid melihat guru menyanyi lagu rama- rama sambil beraksi. 3. Murid dan guru menyanyi lagurama- rama bersama guru sambil beraks |
Laptop, lcd, speaker, lirik lagu kitaran hidup rama-rama.
MI : Muzikal, Intrapersonal. |
Penutup (5 minit) | Kitaran hidup rama- rama. | 1. Guru meminta murid menceritakan kembali kitaran hidup rama- rama yang telah dipelajari. |
PN : Kasih sayang.
|
Refleksi:
a) Kekuatan
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
b) Kelemahan
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
c) Cadangan penambahbaikan
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Ulasan keseluruhan:____________________________________________________
Gambar kitaran hidup rama- rama
Lembaran kerja untuk Langkah 1
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT / AKTIVITI PRASEKOLAH (CONTOH UNTUK TEMA MINUMAN DALAM TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI)
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT / AKTIVITI PRASEKOLAH
Kelas :3 Harmoni
Tarikh : 28.November.2016
Hari : isnin
Masa : 30 minit
Bil. Murid : 20 Orang
Umur : 4 tahun
Modul : bertema
Tajuk/Tema : Minuman
Tunjang Utama :Sains Dan Teknologi
Standard Kandungan : (ST 2.3) Membanding dan Mengelaskan objek.
Standard Pembelajaran (ST 2.3.1) Membanding dengan mengumpulkan objek- objek mengikut satu ciri a. warna b. bentuk.
(ST 2.3.2) Membanding dan mengasingkan makanan mengikut rasa (Manis, masin, masam ).
Kesepaduan Tunjang : (ST 2.1.10) Memerhati dan menyatakan kesamaan dan perbezaan antara objek-objek yang diperhatikan.
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-
1. Murid dapat membezakan minuman – minuman tertentu
2. Murid juga dapat mengeja nama minuman .
3. murid dapat memahami bahan bahan yang dibaca.
4. Murid berasa gembira.
Pengetahuan Sedia ada : murid dapat melihat gambar minuman.
Kemahiran Berfikir (KB) : membaca, menulis, mengeja,mengelas.
Penerapan Nilai (PN) : Adil , tolong- menolong dan bekerjasama.
Bahan Bantu Mengajar (BBM): Kad gambar.
Fokus Kecerdasan Pelbagai (MI): kecerdasan visual dan spasial, kecerdasan linguistik, kecerdasan linguistik
LANGKAH / MASA | ISI PELAJARAN | AKTIVITI P&P | CATATAN |
Set Induksi (4 Minit)
|
-Memberi contoh satu gambar munuman
Contoh gambar
| 1. Guru bertanya solan kepada murid- murid tentang gambar minuman tersebut. 2. Contoh soalan yang guru tanya kepada murid- murid adalah, - Apakah minuman ini? - Pernahkah kamu minum minuman ini? - Apakah rasanya? - Dimanakah kamu dapatkan minuman ini? 3. Murid- murid mendengar apa yang guru telah terangkan.
| Kad gambar |
Langkah 1 (5 Minit)
|
-Menerangkan mengenai pembelajaran hari ini. | 1. Guru mengajukan pertanyaan kepada murid- murid. 2. Anak-anak apa macam-macam minuman? 3. Guru menunjukan gambar- gambar macam- macam minuman. 4. Anak memperhatikan gambar macam- macam minuman dan menyebutkan nama minuman. 5. Bertanya jawab tentang minuman. 6. Menyimpulkan warna pada kopi, teh, susu, sirup 7. meminta murid mengeja semula.
| BBM -Kad gambar -kad nama |
Langkah 2 (10 Minit)
| -membuat aktiviti dalam kumpulan | 1. Guru menyuruh murid-murid membuat beberapa kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti pembelajaran. 2. Murid memgikut arahan guru dan mulai membentuk kumpulan-kumpulan kecil. 3. Guru membuat aktiviti. 4. Guru menunjuk cara-cara membuat minuman dengan bahan yang telah disediakan. 5. Guru menjelaskan langkah- langkah membuat minuman tersebut. 6. Murid-murid mendengar dengan penuh perhatian. Bagi memudahkan aktiviti dijalankan. 7. Guru memulakan aktiviti dengan memberi bahan –bahan kepada setiap kumpulan. 8. Murid menjalankan aktiviti tersebut atas bimbingan dan pemerhatian guru. 9. Murid dikhendaki menghantar hasil kerja untuk guru membuat penilaian. 10. Guru memberi ganjaran kepada kumpulan yang membuat aktiviti dengan baik.
| BBM -Kotak kecil -kertas warna -gam dan gunting |
Langkah 3 (7 Minit)
| 1. Guru memberi setiap murid beberapa helai lembaran kerja untuk disiapkan di dalam kelas. 2. Murid membuat lembaran kerja yang diberi guru dalam keadaan terkawal. 3. Setelah siap murid diminta untuk menghantar lembaran kerja kehadapan bagi mendapat penilaian oleh guru.
| BBM -lembaran kerja | |
Penutup (3 Minit)
| -mengimbas kembali pembelajaran pada hari ini.
| 1. Guru bertanyakan soalan tentang pembelajaran pada hari ini kepada murid-murid. 2. Murid menjawab dengan penuh keyakinan. 3. Guru bertanya dan terus menerapkan sikap tolong- menolong, bekerjasama dan bersikap adil.
|
Refleksi:
a) Kekuatan
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
b) Kelemahan
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
c) Cadangan penambahbaikan
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Ulasan keseluruhan: _________________________________________________________
__________________________________________________________________________
SENARAI Lagu yang terbaik untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)
Lagu yang terbaik untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) biasanya melibatkan elemen muzik dan gerakan (action songs) untuk mer...
-
SUBJEK: PSIKOLOGI PENDIDIKAN-TEORI HOWARD GARDNER (GAMBAR RAJAH TEORI KECERDASAN HOWARD GARDNER) Huraian Aspek- aspek Tersebut? T...