SUBJEK: PSIKOLOGI PENDIDIKAN-TEORI HOWARD GARDNER
(GAMBAR RAJAH TEORI KECERDASAN HOWARD GARDNER)
Huraian Aspek- aspek Tersebut?
Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Howard Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat kanak- kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Howard Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata- mata diwarisi. Jika kedua- dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak- anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak- kanak istimewa mendapati ada di antara murid- murid yang lemah daya ingatnnya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua- duanya adalah profesional.
Kelapan- lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik ,seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik. Kecerdasan- kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner adalah seperti berikut:
a) Kinestetik/ Olah tubuh
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubah. Lebih cenderung melakukan aktivi yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, manari, gimmrama dan lain- lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

b) Interpersonal/ Sosial
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh berkerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

c) Intrapersonal/ Keperibadian
Kebolehan untuk refleksi diri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai secara berfikir.

d) Logik- Matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif dan serta berfikiran secara konspetual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, manyoal, manganalisis, mensintesis, mangira dan menggunakan komputer dengan cekap.

e) Muzik
Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyayi, bersiul, mengubah muzik, meningati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.

f) Verbal- Linguistik
Kebolehan menggunakan bahasa efektif sama ada secara lisan dan menulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, manulis, bercerita, menerangkan, mengingat meklumat, memahami perkataan.

g) Visual- Ruang
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten (corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaolikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. Melakar, menulis dan menterjemah imej secara visual.

h) Naturalis
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi- bunyi yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.
Rumusan
Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik.
Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun manusia dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan satu bentuk teori yang memperjuangkan keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat melihat dengan jelas betapa teori ini memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang-bidang tertentu.
Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding pendidikan yang menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logkal-matematik.
Sekian Terima Kasih....