Friday, April 3, 2026

SENARAI Lagu yang terbaik untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)

         Lagu yang terbaik untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) 


biasanya melibatkan elemen muzik dan gerakan (action songs) untuk merangsang motor kasar serta kemahiran kognitif mereka.

Berikut adalah senarai lagu popular dan efektif yang sering digunakan di Malaysia:

1. Lagu Kemahiran Fizikal & Emosi (Lagu Aksi)

Lagu ini sangat bagus untuk memulakan sesi pembelajaran (set induksi) bagi menarik perhatian kanak-kanak.
  • Kalau Rasa Gembira: Mengajar kanak-kanak mengenali emosi dan melakukan pergerakan fizikal seperti bertepuk tangan dan hentak kaki.



  • Lompat Si Katak Lompat: Lagu tradisional yang menggalakkan aktiviti fizikal dan kecergasan.


  • Bangun Pagi: Sesuai untuk mengajar rutin harian dan kebersihan diri. [1, 2]



2. Lagu Pembelajaran Asas (Kognitif)

Membantu kanak-kanak menghafal konsep asas seperti huruf, nombor, dan warna.
  • Lagu ABC / Phonics: Menggunakan melodi menarik untuk membantu pengecaman huruf dan bunyi.


  • 5 Little Ducks / 5 Ekor Anak Itik: Mengajar konsep asas matematik (tolak/mengira menurun) melalui penceritaan

  • .
  • The Wheels on the Bus (Tayar Bas): Mengenalkan pengangkutan dan bunyi-bunyi di persekitaran. [1, 3, 4]


3. Lagu Nilai Murni & Kerohanian

Lagu yang membentuk sahsiah dan adab kanak-kanak.
  • Sayang Ibu Bapa: Mengajar nilai kasih sayang dalam keluarga.
  • Lagu-lagu Omar & Hana: Sangat popular untuk penerapan nilai-nilai Islam dan adab harian. [5]


Saluran YouTube Pendidikan Cadangan

Ibu bapa dan guru boleh merujuk saluran berikut untuk koleksi lagu yang berkualiti:
  • Didi & Friends – Koleksi lagu kanak-kanak Malaysia dengan animasi yang ceria.
  • Omar & Hana – Fokus kepada lagu berunsur didikan moral dan agama.
  • Bibitsku – Menyediakan kompilasi lagu belajar berdurasi panjang. [1, 5, 6]

Thursday, March 19, 2026

KEMAHIRAN KEMPIMPINAN (TAJUK TUGASAN BERKUMPULAN: ALLAHYARHAM TUAN GURU DATO DR.HARUN DIN)

 


















SEKIAN TERIMA KASIH.....



























RANCANGAN PENGAJARAN SLOT (Kitaran hidup rama- rama .,Tunjang Utama : Sains danTeknologi)

                                            Rancangan Pengajaran Slot / Aktiviti Prasekolah

Kelas : 3 Murni

Tarikh : 10 November 2016

Hari : Khamis

Masa : 9.30- 10.00 pagi

Bil. Murid : 25 orang

Umur : 6 Tahun

Modul : Bertema

Tajuk/Tema :Kitaran hidup rama- rama

Tunjang Utama : Sains danTeknologi

Standard Kandungan : (ST 3.4) Menjalankan penerokaan ke atas ciri habitat, cara                                                      pergerakan , jenis makanan, kitaran hidup haiwan jinak yang biasa dijumpai.

Standard Pembelajaran : 1. (ST 3.4.8) Memerhati dan menceritakan kitaran  hidup haiwan yang biasa dijumpai.

                                       2.(ST 13.3) Menggunakan CD dan VCD untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran.

Kesepaduan Tunjang : (PSE 2.3.6) Berinteraksi dengan yakin.

Objektif Pembelajaran :Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Murid dapat menyebut perkataan yang berkaitan kitaran hidup rama- rama.

2. Murid dapat memadankan perkataan dengan gambar.

3. Murid dapat menyanyikan lagu kitaran hidup rama- rama.

Pengetahuan sedia ada : Murid telah biasa melihat rama- rama.

Kemahiran Berfikir (KB) : Menyusun   urutan,   menyuai   padan   dan meyelesaikan masalah.

Penerapan Nilai : Yakin, kasih sayang, berdisiplin, cermat.

Alat Bantu Mengajar : Kostum   rama- rama,   roda   kitaran   hidup   rama-rama,   kad   perkataan,   gambar   rama- rama, laptop, lirik lagu.

Fokus Kecerdasan Pelbagai; Verbal Linguistik, Muzikal, Kinestetik, Intrapersonal, Visual Septial.

Kosa Kata : Serangga, rama- rama, pupa , larva, kepompong.



Langkah / masa

Isi pembelajaran

Aktiviti

Catatan/ABM

Set Induksi

(5 minit)

Tajuk lagu : Rama-rama

 

Telur        Larva      Puparama- rama.

 

Rama- rama sejenis haiwan atau serangga?

 

Apakah makanan rama- rama?

 

1. Murid beraksi seperti seekor rama- rama sambil diiringi dengan lagu rama- rama.

2. Murid menjawab  soalan guru berkenaan rama- rama

 

 

 

 

Kostum rama-rama, laptop, speaker, lcd, lagu rama- rama.

Langkah 1

(10 minit)

Roda kitaran hidup rama- rama        Larva, Telur, kepompong,

1. Murid mendengar guru  menceritakan roda  kitaran hidup rama- rama kepada murid.

2. Murid melihat  kad perkataan yang ditunjukkan dan menyebut sekali perkataan.

3. Murid melaksanakan aktiviti suai padan, dan mengisi  perkatan dengan gambar.

 

Roda kitaran hidup rama- rama,kad- kad perkataan.

 

MI : Verbal Linguistik.

Langkah 2

(5 minit)

    Power Point

Kitaran hidup rama- rama

1. Murid mendengar penerangan guru terhadap aktiviti power point yang hendak dijalankan.

2. Murid menjawab   menjawab soalan dalam power point yang telah disediakan.

Laptop, lcd.

 

PN : Yakin diri

MI : Kinestetik, Verbal Saptial.

KB : Menyelesaikan masalah.

Langkah 3

(5 minit)

Lagu : Kitaran hidup rama-rama.

 

”Dari ulat jadi kepompong, Tidu nenyak tidur dalam kelongsong,                        

 

Tiba masa kepompong pecah, “pom”.Jadilah rama-rama yang indah.

 

Rama-rama terbang merata.Hisap madu dipohon bunga.Tapi sayang hidup tak lama”

 

1. Murid berada dalam bulatan seperti arahan guru.

2. Murid melihat guru menyanyi lagu rama- rama sambil beraksi.

3. Murid dan guru menyanyi lagurama- rama bersama guru sambil beraks

 

 

 

 

 

 

Laptop, lcd, speaker, lirik lagu kitaran hidup rama-rama.

 

MI : Muzikal, Intrapersonal.

Penutup

(5 minit)

Kitaran hidup rama- rama.

1. Guru meminta murid menceritakan kembali kitaran hidup rama- rama yang telah dipelajari.

 

 

PN : Kasih sayang.

 

 

 





Refleksi:

 a) Kekuatan

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

b) Kelemahan

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

c) Cadangan penambahbaikan

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

 

Ulasan keseluruhan:____________________________________________________





Gambar kitaran hidup rama- rama




Lembaran kerja untuk Langkah 1

 

 Nama:                                                                                           Tarikh:





 

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT / AKTIVITI PRASEKOLAH (CONTOH UNTUK TEMA MINUMAN DALAM TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI)

 RANCANGAN PENGAJARAN SLOT / AKTIVITI PRASEKOLAH

 

Kelas :3 Harmoni

Tarikh : 28.November.2016

Hari : isnin

Masa : 30 minit

Bil. Murid : 20 Orang

Umur : 4 tahun

Modul : bertema

Tajuk/Tema : Minuman

Tunjang Utama :Sains Dan Teknologi

 

Standard Kandungan : (ST 2.3) Membanding dan Mengelaskan objek.

Standard Pembelajaran  (ST 2.3.1) Membanding dengan mengumpulkan objek- objek mengikut satu ciri a. warna b. bentuk.

      (ST 2.3.2) Membanding dan mengasingkan makanan mengikut rasa (Manis, masin, masam ).

Kesepaduan Tunjang : (ST 2.1.10) Memerhati dan menyatakan kesamaan dan perbezaan antara objek-objek yang diperhatikan.

 

Objektif Pembelajaran :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-

1. Murid dapat membezakan minuman – minuman tertentu

2. Murid juga dapat mengeja nama minuman .

3.  murid dapat memahami bahan bahan yang dibaca.

4. Murid berasa gembira.

 

Pengetahuan Sedia ada : murid dapat melihat gambar minuman.

Kemahiran Berfikir (KB) : membaca, menulis, mengeja,mengelas.

Penerapan Nilai (PN) : Adil , tolong- menolong dan bekerjasama.

Bahan Bantu Mengajar (BBM): Kad gambar.

Fokus Kecerdasan Pelbagai (MI): kecerdasan visual dan spasial, kecerdasan linguistik, kecerdasan linguistik




LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P

CATATAN

Set Induksi

(4 Minit)

 

 

 

 

 

-Memberi contoh satu gambar munuman

 

Contoh gambar

 


 

 

1. Guru bertanya solan kepada murid- murid tentang gambar minuman tersebut.

2. Contoh soalan yang guru tanya kepada murid- murid adalah,

- Apakah minuman ini?

- Pernahkah kamu minum minuman ini?

- Apakah rasanya?

- Dimanakah kamu dapatkan minuman ini?

3. Murid- murid mendengar apa yang guru telah terangkan.

 

Kad gambar

Langkah 1

(5 Minit)

 

 

 

 

 

 

 

 

-Menerangkan mengenai pembelajaran hari ini.

1. Guru mengajukan pertanyaan kepada murid- murid.

2. Anak-anak apa macam-macam minuman?

3. Guru menunjukan gambar- gambar macam- macam minuman.

4. Anak memperhatikan gambar macam- macam minuman dan menyebutkan nama minuman.

5. Bertanya jawab tentang minuman.

6.  Menyimpulkan warna pada kopi, teh, susu, sirup

7.  meminta murid mengeja semula.

 

BBM

-Kad gambar

-kad nama

Langkah 2

(10 Minit)

 

 

 

 

-membuat aktiviti dalam kumpulan

1. Guru menyuruh murid-murid membuat beberapa kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti pembelajaran.

2. Murid memgikut arahan guru dan mulai membentuk kumpulan-kumpulan kecil.

3. Guru membuat aktiviti.

4. Guru menunjuk cara-cara membuat minuman dengan bahan yang telah disediakan.

5. Guru menjelaskan langkah- langkah membuat minuman tersebut.

6. Murid-murid mendengar dengan penuh perhatian. Bagi memudahkan aktiviti dijalankan.

7. Guru memulakan aktiviti dengan memberi bahan –bahan kepada setiap kumpulan.

8. Murid menjalankan aktiviti tersebut atas bimbingan dan pemerhatian guru.

9. Murid dikhendaki menghantar hasil kerja untuk guru membuat penilaian.

10. Guru memberi ganjaran kepada kumpulan yang membuat aktiviti dengan baik.

 

 

BBM

-Kotak kecil

-kertas warna

-gam dan gunting

Langkah 3

(7 Minit)

 

 

 

 

-lembaran kerja

1. Guru memberi setiap murid beberapa helai lembaran kerja untuk disiapkan di dalam kelas.

2. Murid membuat lembaran kerja yang diberi guru dalam keadaan terkawal.

3. Setelah siap murid diminta untuk menghantar lembaran kerja kehadapan bagi mendapat penilaian oleh guru.

 

 

 

 

 

 

BBM

-lembaran kerja

Penutup

(3 Minit)

 

 

 

-mengimbas kembali pembelajaran pada hari ini.

 

1. Guru bertanyakan soalan tentang pembelajaran pada hari ini kepada murid-murid.

2. Murid menjawab dengan penuh keyakinan.

3. Guru bertanya dan terus menerapkan sikap tolong- menolong, bekerjasama dan bersikap adil.

 

 


Refleksi:

 

a) Kekuatan

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

b) Kelemahan

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

c) Cadangan penambahbaikan

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Ulasan keseluruhan: _________________________________________________________

__________________________________________________________________________

SENARAI Lagu yang terbaik untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)

          Lagu yang terbaik untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)  biasanya melibatkan elemen muzik dan gerakan (action songs) untuk mer...