Monday, March 16, 2026

PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK (INTERAKSI SOSIAL KANAK-KANAK) .Contoh assignment.

 ISI KANDUNGAN

BIL

 TAJUK

MUKA SURAT

1

1.0 PENGENALAN

    1.1 DEFINISI

    1.2 MATLAMAT

    1.3MAKSUD INTERAKSI

    1.4 SYARAT TERJADINYA INTERAKSI SOSIAL

    1.4 BENTUK-BENTUK INTERAKSI SOSIAL

 

 

1-5

2

2.0 KESAN INTERAKSI

    2.1 KESAN DARIPADA IBU BAPA

    2.2 KESAN DARIPADA GURU

 

6

3

3.0 CARA INTERAKSI SOSIAL KANAK-KANAK

7-10

4

4.0 MASALAH INTERAKSI SOSIAL

11-15

5

5.0 CARA MENYELASAIKAN MASALAH DALAM
       INTERAKSI

16-19

6

6.0 PENUTUP

20

7

7.0 RUJUKAN

21

 

1.0 PENGENALAN

  1.1 DEFINISI

Integrasi melalui sains sosial dan kemanusiaan adalah elemen pengajian sosial yang digunakanuntuk meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan pelajar. Menurut J.F Forrester(1982),menyatakan bahawa pengajian sosial ialah kajian tentang masyarakat dan tujuan utamanya ialah untuk membantu masyarakat untuk memahami dunia dimana mereka harus berada dan bagaimana itu terjadi.

Menurut Rohana Yusof(1996), di dalam bukunya Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi, sains sosial ialah disiplin akademik yang mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan sosial atau lebih tepat mempelajari pola tingkah laku yang lazim pada kelompok-kelompok manusia.

Maka jelaslah bahawa ilmu sains sosial ialah satu bentuk pengkajian tentang kelompok manusia di dalam sesuatu masyarakat. Namun tidak ada sesiapa pun akan dapat mempelajari hal-hal manusia dan hubungannya dengan masyarakat keseluruhannya. Sains sosial merupakan satu bidang yang begitu luas dan kompleks. Oleh hal yang demikian kita perlu membuat pembahagian kepada beberapa cabang atau unit pengkajian yang lebih kecil. Pembahagian kepada unit atau kepada disiplin inilah yang kita sebut sebagai disiplin sosiologi, antropologi, sains politik, sejarah, ekonomi, psikologi dan sebagainya. Pembahagian disiplin-disiplin ni didasarkan kepada bagaimana cara manusia itu berinteraksi antara satu sama lain.

 

   1.2 MATLAMAT

(a) Pengetahuan asas menenai hubungan antara individu dan kelompok masyrakat

  Mereka dapat mempelajari pelbagai jenis individu dalam kelompok mereka dan cara berinteraksi di antara individu dalam kelompok tersebut.Mereka juga mempelajari kelompok lain dalam sesuatu masyrakat.Dapat melihat bagaimana kelompok tersebut berdepan dengan matlamat, cabaran dan krisis yang dihadapi.

 

(b) Kemahiran berfikir

   Individu berfikir melalui penglaman sama ada pengalaman yang berlaku sebelum, semasa dan akan datang, melalui pendidikan pengajian sosial mereka dapat berfikir secara terbuka memlalui komunikasi dengan masyrakat.Mereka juga akan mempelajari kesan jangka panjang dan pendek sesuatu peristiwa dan masyakat dan menginteprentasi tersebut berfikir cara untuk mengatasinya.

 

(c) Kemahiran sosial

  Dapat memahami kepentingan hidup bersama secara harmoni.Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat.Dapat mempelajari peranan da tanggungjawab ke arah pembinaan individu dan masyarakat.Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat.

 

(d) Pembentukan sikap dan kesedaran sivik

Pendidikan pengajian sosial dapat membantu individu itu tentang kesedaran terhadap peranan, hak dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan yan menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Contonya Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK).

 

(e) Kemahiran akademik

Dapat mempelajari pelbagai bidang dalam satu tajuk utama iaitu pengajian sosial untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang akademik(ilmu).

 

1.3 MAKSUD INTERAKSI

Interaksi sosial merupakan hubungan-hubungan sosial yang menyangkut hubungan antarindividu, individu (seseorang) dengan kelompok, dan kelompok dengan kelompok. Tanpa adanya interkasi sosial maka tidak akan mungkin ada kehidupan bersama. Proses sosial adalah suatu interaksi atau hubungan timbal balik atau saling mempengaruhi antar manusia yang berlangsung sepanjang hidupnya didalam amasyarakat.

Menurut Soerjono Soekanto, proses sosial diartikan sebagai cara-cara berhubungan yang dapat dilihat jika individu dan kelompok-kelompok sosial saling bertemu serta menentukan sistem dan bentuk hubungan sosial.

Homans ( dalam Ali, 2004: 87) mendefinisikan interaksi sebagai suatu kejadian ketika suatu aktivitas yang dilakukan oleh seseorang terhadap individu lain diberi ganjaran atau hukuman dengan menggunakan suatu tindakan oleh individu lain yang menjadi pasangannya.

Konsep yang dikemukakan oleh Homans ini mengandung pengertian bahwa interaksi adalah suatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam interaksi merupakan suatu stimulus bagi tindakan individu lain yang menjadi pasangannya.

Sedangkan menurut Shaw, interaksi sosial adalah suatu pertukaran antarpribadi yang masing- masing orang menunjukkan perilakunya satu sama lain dalam kehadiran mereka, dan masing- masing perilaku mempengaruhi satu sama lain. Hal senada juga dikemukan oleh Thibaut dan Kelley bahwa interak si sosial sebagai peristiwa saling mempengaruhi satu sama lain ketika dua orang atau lebih hadir bersama, mereka menciptakan suatu hasil satu sam lain atau berkomunikasi satu sama lain. Jadi dalam kasus interaksi, tindakan setiap orang bertujuan untuk mempengaruhi individu lain.

Menurut Bonner ( dalam Ali, 2004) interaksi merupakan suatu hubungan antara dua orang atau lebih individu, dimana kelakuan individu mempengaruhi, mengubah atau mempengaruhi individu lain atau sebaliknya.

 

 1.4 SYARAT TERJADINYA INTERAKSI SOSIAL

Syarat terjadinya intera ksi sosial terdiri atas kontak sosial dan komunikasi sosial. Kontak sosial tidak hanya dengan bersentuhan fisik. Dengan perkembangan tehnologi manusia dapat berhubungan tanpa bersentuhan, misalnya melalui telepon, telegrap dan lain-lain. Komunikasi dapat diartikan jika seseorang dapat memberi arti pada perilaku orang lain atau perasaan-perasaan yang ingin disampaikan oleh orang tersebut.

          Proses interaksi sosial yang terjadi dalam masyarakat bersumber dari faktor imitasi, sugesti, simpati, identifikasi dan empati.Imitasi merupakan suatu tindakan sosial seseorang untuk meniru sikap, tindakan, atau tingkah laku dan penampilan fisik seseorang.Sugesti merupakan rangsangan, pengaruh, atau stimulus yang diberikan seseorang kepada orang lain sehingga ia melaksanakan apa yang disugestikan tanpa berfikir rasional.

Simpati merupakan suatu sikap seseorang yang merasa tertarik kepada orang lain karena penampilan,kebijaksanaan atau pola pikirnya sesuai dengan nilai-nilai yang dianut oleh orang yang menaruh simpati.Identifikasi merupakan keinginan sama atau identik bahkan serupa dengan orang lain yang ditiru (idolanya)

  Empati merupakan proses ikut serta merasakan sesuatu yang dialami oleh orang lain. Proses empati biasanya ikut serta merasakan penderitaan orang lain.Jika proses interaksi sosial tidak terjadi secara maksimal akan menyebabkan terjadinya kehidupan yang terasing. Faktor yang menyebabkan kehidupan terasing misalnya sengaja dikucilkan dari lingkungannya, mengalami cacat, pengaruh perbedaan ras dan perbedaan budaya.

 

 1.5 BENTUK-BENTUK INTERAKSI SOSIAL

a. Asosiatif

Asosiatif terdiri dari kerjasama (cooperation), akomodasi (accomodation). Kerjasama disini dimaksudkan sebagai suatu usaha bersama antara orang perorangan atau kelompok manusia untuk mencapai satu atau beberapa tujuan bersama. Akomodasi merupakan suatu cara untuk menyelesaikan pertentangan tanpa menghancurkan pihak lawan sehingga lawan tidak kehilangan kepribadiannya.

b. Disasosiatif

Disasosiatif terdiri dari persaingan (competition), dan kontravensi (contravention), dan pertentangan (conflict). Persaingan diartikan sebagai suatu proses sosial di mana individu atau kelompok – kelompok manusia yang bersaing mencari keuntungan melalui bidang – bidang kehidupan yang pada suatu masa tertentu menjadi pusat perhatian umum (baik perseorangan maupun kelompok manusia) dengan cara menarik perhatian publik atau dengan mempertajam prasangka yang telah ada tanpa mempergunakan ancaman atau kekerasan.

Demikian ulasan tentang interaksi sosial, mudah-mudahan ulasan di atas dapat membantu anda untuk menambah ilmu pengetahuan.

 

 

 2.0  KESAN INTERAKSI ATAU KOMUNIKASI TERHADAP KANAK-KANAK

    2.1 Kesan Daripada Ibu Bapa

  Semua ibu bapa mempunyai hasrat dan cita-cita untuk menjadi ibu yang cemerlang tetapi pengalaman telah menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa merasakan prestasi mereka sebagai ibu bapa tidaklah secemerlang yang diharapkan. Malah ramai yang beranggapan bahawamereka tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang dan mengekalkan kebahagiaan dalam keluarga.

Ibu bapa yang mulanya melihat anak mereka tidak bersosial pada permulaan tadika dan pada itu ketika sebulan anaknya berada di tadika telah nampak perkembangan sosial mereka. Dengan ini ibu bapa merasakan lebih seronok kerana anak-anak mereka dapat bersosial dengan baik dan dapat menimbul banyak ilmu yang baru.

Selain daripada ibubapa. Adik-beradik juga dapat merasakan sesuatu yang berlainan sekiranya adik-adik mereka dapat interaksi dengan kawan-kawan. Meraka akan dapat bermain  dengan adik-adik meraka. seterusnya mereka dapat memahami kemahuan adik-adik mereka dan dapat memberikan kesan positif terhadap adik mereka. Oleh itu mereka sebagai abang atau kakak dapat memberikan contoh komunikasi yang baik dan tidak menggunakan bahasa-bahasa kesat atau kasar.

  

     2.2 Kesan  Daripada Guru

Guru juga merasa kesan dari anak-anak muridnya yang dapa mulanya tidak mahu untuk bercakap dan perkembangan sosial mereka semakin meningkat. guru juga harus memberikan pujian atau riaksi positif terdapat murid-murid yang Berjaya meningkatkan perkembangan positif mereka.

Murid yang interaksinya baik, akan selalu bertanyakan banyak soalan kepada guru mereka.  Dengan ini guru dapat merasakan peningkatan mereka sikit demi sedikit. Dan guru juga dapat merasakan murid yang tidak mempunyai interaksi yang baik dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakan. Oleh itu guru juga memainkan peranan yang penting untuk mengubah murid-muridnya menjadi seorang yang suka bergaul.

 

3.0 CARA INTERAKSI SOSIAL KANAK- KANAK

Semua kanak-kanak memerlukan kawan bukan sahaja untuk berseronok dan bermain, tetapi juga untuk mempelajari erti kerjasama,empati dan juga ciri-ciri lain yang mereka perlu memiliki untuk membentuk pertalian yang erat apabila mereka dewasa kelak. Persahabatan semasa zaman kanak-kanak bagaikan asas yang akan menentukan jenis insan seseorang kanak- kanak menjadi apabila mereka dewasa nanti.

        Proses tolak ansur dan rundingan yang berterusan yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah semasa bermain serta dapat memupuk perkembangan sosial mereka seperti dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan juga serta meningkatkan nilai harga diri mereka. Sebagai orang dewasa, kita semua perlu tahu cara mendampingi orang lain dan juga menyelesaikan konflik. Latihan dalam proses ini sebaik-baiknya bermula dari zaman kanak-kanak lagi.Sesetengah kanak-kanak mempunyai kebolehan semulaja di untuk berkawan, di sukai ramai dan mudah berkenalan dengan sesiapa pun.Bukan semua orang mempunyai kebolehan ini, yang mengikut sesetengah tokoh kemahiran, ia merupakan sesuatuyang sama penting terhadap perkembangan seperti kebolehan menguasai bahasa atau berfikir secara kritis.

Perkembangan sosial kanak-kanak adalah merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan seseorang kanak-kanak itu berinteraksi dengan kawan- kawan atau pundengan orang lain yang mengikutcara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya yang terdapat di sesebuah negara. Perkembangan social atau interaksi kanak- kanak akan melibatkan satu proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak itu mempelajari tingkahlaku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak juga dapatdikaji melalui beberapa aspek- aspek sosialisasi yang penting seperti  proses peniruan dami dentifikasi, aktiviti bermain, perkembangan kongnitif sosial, melalui hubungan persahabatan ,dan juga perhubungan dengan rakan sebaya.

Kemahiran sosial adalah kemahiran kanak-kanak untuk mereka membina kesedaran tentang orang lain dan juga perasaan mereka serta mempunyai kebolehan untuk mengekalkan perhubungan tersebut .Kemahiran ini juga menjadikan mereka pandai dan mudah untuk mendekati orang lain dan berkomunikasi dengan cara yang efektif. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial akan mematuhi peraturan sosial dan juga berkebolehan bertingkahlaku dalam kumpulan secara harmoni. Mereka dapat melibatkan diri dengan berfikir tentang kendiri , orang lain dan cara sesuatu perhubungan sosial itu dijalankan.

Selain itu, sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak juga mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianutoleh kumpulan sosial mereka. Malah, mereka juga akan mempelajari peraturan –peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya ,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai ,dan juga cara mentafsir tingkahlaku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya.Tingkahlaku sosial adalah yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.

Namun demikian, terdapat banyak tingkahlaku sosial dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan juga budaya.Salah satu teori perkembangan sosial yang penting telah dikemukakan oleh Erik Erikson.Oleh kerana teori ini menekankan perkembangan sosial atau cara interaksi seseorang kanak- kanak itu bergaul dengan rakan- rakan mereka mahupun pergaulan dengan orang lain. Teori ini telah dinamakan Teori Perkembangan sosial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat akan mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Individu dikatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi di setiap peringkat perkembangan ini.

Disamping itu, bagi membina kemahiran sosial dikalangan kanak- kanak, kehidupan kanak-kanak dan masyarakat di sekeliling mereka adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.Masyarakat sangat memerlukan kanak-kanak sebagai penyambung generasi mereka yang seterusnya sementara kanak-kanak pula juga akan memerlukan masyarakat sebagai pelindung dan pengawal keselamatan dan menyediakan kehidupan yang sejahtera buat mereka. Mereka juga saling melengkapi dan mempunyai peranan dan juga fungsi masing-masing.

Oleh sebab yang demikian ,pendidikan sosioemosi amatlah penting kepada kanak-kanak terutama dalam membentuk kemahiran bersosial dan juga bermasyarakat.

Kanak-kanak juga perlu didedahkan dan juga diberi pengetahuan tentang peranan dan juga tanggungjawab serta kedudukan mereka dalam masyarakat serta mendidik mereka tentang bagaimana mengendalikan hubungan sosial dikalangan masyarakatnya. Kepentingan pendidikan sosioemosi dalam aspek membina kemahiran sosial ini menunjuk kepada dua elemen utama yang ingin dicapai iaitu memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain dan menggunakan kemahiran sosial untuk berinteraksi.

Salah satu dari kemahiran sosial ialah kemahiran sosial untuk berinteraksi dan juga untuk berkomunikasi dengan yang yakin. Kebolehan berinteraksi juga ini lahir dari pendidikan sosio emosi yang telah dilalui oleh seseorang kanak-kanak tersebut. Ianya dapat membentuk kemahiran untuk bergaul dengan berhemah, boleh memberi dan tidak sekadar menerima sahaja, menghormati hak orang lain dan juga bertanggungjawab serta mampu membezakan antara kepentingan peribadi dan orang lain.

Selain itu, kebolehan untuk bergaul dengan berhemah akan dapat dilihat sekiranya kanak-kanak itu mempunyai kemahiran sosial yang telah diterapkan dalam pendidikan sosioemosi. Pergaulan berhemah beerti pergaulan yang beradab dan juga saling menghormati hak dan perasaan orang lain disamping membentuk sikap saling mempercayai dan bersopan santun. Pergaulan berhemah akan membentuk komuniti yang penuh persefahaman dan juga bertoleransi sesama mereka.

        Dalam aspek kesediaan kanak-kanak untuk memberi kepada orang lain juga amat ditekankan dalam pendidikan sosio emosi. Kanak-kanak yang mampu memberi dan menyumbang sesuatu samada dalam bentuk fikiran, tenaga , atau kesediaan untuk turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan adalh contoh dari hasil berkesannya pendidikan sosio emosi. Dalam soal ini betapa pentingnya pendidikan sosio emosi diberi keutamaan dalam pembentukan kanak-kanak.demi menjamin kesejahteraan mereka dimasa akan datang.

        Kanak juga akan menghormati hak orang lain disamping bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan dikalangan masyarakatnya. Selainitu, saling menghormati perasaaan orang lain. Satu lagi kepentingan pendidikan sosioemosi dalam membentuk kehidupan kanak-kanak yang sejahtera ialah kebolehan membezakan antara kepentingan diri dan orang lain. Kanak- kanak juga mungkin pernah mengalami situasi berada dalam kekeliruan apabila mengambil keputusan tertentu terutama melibatkan kepentingan diri dan orang lain. Melalui pendidikan sosioemosi mereka didedahan dengan kemahiran sosial dan berdasar pengetahuan tersebut mereka mampu membuat keputusan yang sewajarnya.

Pada masa yang sama juga, selain daripada berinteraksi di antara satu sama lain, kanak- kanak membina keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian iaitu keberkesanan dalam pendidikan sosioemosi mereka juga dapat memperlihatkan kepada keupayaan kanak-kanak untuk membina kemahiran berfikir dalam menghadapi pelbagai cabaran dan juga di dalam kehidupan seharian mereka.

Keupayaan ini juga membolehkan kanak-kanak itu bersedia dan juga mampu mengawal keadaan dengan menggunakan kekuatan akal secara bijaksana dalam menangani pelbagai cabaran dalam kehidupan. Keupayaan ini adalah datangnya dari pendidkan sosioemosi yang telah didedahkan kepada mereka.Mereka juga bukan sekadar mampu berfikir secara waras dan bijaksana tapi,    bahkan turut mampu berfikir dengan mendalami keadaan dan situasi orang lain disekelilingnya.

 

 

  4.0 MASALAH INTERAKSI

 

Masalah interaksi seringkali terjadi pada – pada kanak – kanak khas . Antara contoh kanak-kanak yang aan mengalami masalah interaksi ini adalah seperti kanak – kanak sindrom down , autism dan lain – lain lagi . Masalah interaksi adalah ketidakupayaan seorang kanak – kanak meguasai kemahiran sosial .

 

          Kavale dan Forness (1996) membuat kesimpulan bahawa kira-kira 75% pelajar bermasalah pembelajaran menunjukkan kekurangan kemahiran sosial. Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah dapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta  mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenal pasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.

           Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain. Kompetensi sosial yang rendah di kalangan pelajar bermasalah adalah rendah dalam kerana mereka tidak dapat membaca situasi sosial di sekitar mereka (lihat Rajah 4.2). Contohnya, mereka mereka tidak faham apa yang mereka harus lakukan untuk mempengaruhi orang lain, apa orang lain  ingin mereka buat dan bagaimana orang lain melihat mereka.

 

 

 

4.1) Sebab – Sebab  Masalah Interaksi Kanak – Kanak

 (A) Faktor Persekitaran :

Kanak-kanak gemar meniru ayat-ayat yang digunakan oleh masyarakat yang berada di persekitaran mereka terutamanya ibu bapa mereka atau pengasuh yang menjaga mereka sejak kecil,  B.F Skinner (1957) pula menyatakan dalam teori perkembangan bahasa beliau bahawa kanak-kanak belajar bahasa melalui pelaziman responden iaitu kanak-kanak meniru dari persekitarannya dan mesti disokong oleh masyarakat persekitarannya. Contohnya, apabila kanak-kanak tersebut menguasai satu tahap penguasaan bahasa yang lebih kompleks daripada sebelumnya ibu hendaklah menyokongnya dengan memberi pujian, hadiah atau pelukan sebagai satu penghargaan.

           Apabila ibu atau orang di sekitarnya tidak memberi galakan yang positif, maka perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak tersebut akan terhalang atau menjadi terhad. Melalui prespektif interaksionalis pula, perkembangan bahasa bergantung kepada sosial (persekitaran). Kanak-kanak yang dikurniakan kemahiran menguasai bahasa, adalah pemerhati dan peserta yang melihatkan dalam interaksi sosial.

           Apabila kanak-kanak mendiami persekitaran yang kurang aktif dalam interaksi sosial maka kuranglah perkembangan interaksi dalam dirinya. Melalui teori yang dikemukakan oleh ,B.F  Skinner dan pandangan para ahli interaksionalis, kita dapat menyimpulkan bahawa perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak juga sangat bergantung kepada persekitaran mereka.

 

 ( B) Gagap

 Seterusnya , gagap. G agap merupakan salah satu gangguan kelancaran yang berlaku yang melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang. Individu akan disebut gagap apabila menyebut perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat dan diikuti oleh ketegangan otot tekak. Keadaan ini berlaku akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna.

          Selain itu, ia juga berpunca daripada ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal kanak-kanak. Ketika kanak-kanak sudah mahu mula bercakap, otot-otot pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil. Keadaan inilah yang dipercayai akan menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat dan berulang-ulang. Gagap juga boleh berpunca daripada fizikal yang lemah, kekurangan zat makanan dan mempunyai masalah kesihatan.

           Masalah gagap akan menggangu perkembangan interaksi  bagi seorang kanak-kanak kerana proses interaksi  yang dilafazkan menjadi tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang menyebut perkataan yang sama dan berlaku pemanjangan bunyi perkataan. Selain itu, penutur akan gagal mengaitkan pertuturan dengan emosi yang sedang dirasakan sehingga mungkin gagal menyampaikan maksud sebenar percakapan yang hendak diucapkan. Hal ini seterusnya mengagalkan proses perkembangan bahasa dan komunikasi dalam individu tersebut.

 

 (C) Faktor  Kelewatan Bahasa :

   Selain itu , Perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak juga dipengaruhi oleh kecepatan atau kelewatan penerimaan bahasa. Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya dan ada kanak- kanak yang memperolehi bahasa yang agak cepat . . Walaubagaimanapun, kanak-kanak ini juga berpotensi menguasai bahasa walaupun agak lambat berbanding kanak-kanak lain. Namun demikian, terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya mengatasi masalah yang dihadapi.

  

( D) Terencat Akal :

Kanak-kanak terencat akal kerap lupa ilmu yang telah dipelajari. Secara umumnya, kanak-kanak terencat akal ini bermasalah dalam konsep generalisasi dalam bidang akademik, tingkah laku dan interaksi sosial. Mereka selalunya tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan selalu berputus asa. Dari segi interaksi  pula, kanak – kanak  lewat untuk menguasai bahasa dan komunikasi.

 

 ( E) Autisme :

Autisme adalah ketidakupayaan yang rencam yang pada kebiasaanya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang menggangu fungsi otak.  Punca sebenar yang menyebabkan autisme belum dapat dipastikan dengan jelas lagi tetapi umumnya dikatakan autisme disebabkan masalah genetik dan kefungsian otak.

           Apabila masalah ini berlaku pada seseorang kanak – kanak , ia berkemungkinan  individu tersebut mendapat kesukaran untuk interaksi terutamanya dalam meluahkan niat dan keinginannya, sukar untuk memahami variasi bahasa iaitu bahasa badan “body language “ dan ekspresi malah kerap memberi respon yang tidak relevan. Hal ini seterusnya menyebabkan terbantutnya perkembangan bahasa dan komunikasi dalam individu tersebut.dan secara automatiknya ia membantutukan perkembanagn interaksi sosial dalam kanak- kanak .

 

 

5.0 CARA MENGATASI MASALAH INDIVIDU YANG TIDAK BERINTERAKSI

 

Setelah kita melihat kesan dan punca kanak kanak ini tidak mahu berinteraksi, kita sebagai guru atau penjaga perlulah mengambil langkah yang relevan bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Ibubapa dan guru perlu memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah seperti ini. Jika ibubapa hanya membiarkan perkara sebegini berlaku, kemungkinan kanak-kanak tidak akan mahu berinteraksi dengan orang lain sehinggalah mereka dewasa. Jadi ibu bapa perlulah melatih dan mendidik kanak-kanak tentang berinteraksi dan bersosial.

 

Antara cara cara yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dan guru ialah memberi kata kata semangat dan dorongan kepada kanak-kanak untuk bercakap. Kanak-kanak kebiasaannya malu dan takut untuk memulakan interaksi dengan orang yang tidak dikenalinya. Jadi menjadi keutamaan kepada kita untuk memberi dorongan dan kata kata yang boleh menaikkan semangat mereka. Apabila mereka mendapat dorongan, mereka mungkin akan dapat mengatasi ketakutan atau perasaan malu mereka untuk berinteraksi.

 

Hasil daripada kata kata semangat itu, mereka akan lebih mudah berinteraksi kerana terdapat orang yang mereka percaya berada dekat dengan mereka. Hasil daripada tindakan ini, kanak-kanak akan menjadi lebih berani dan tidak akan berasa malu dan takut untuk berhadapan dengan orang lain pada masa hadapan.

 

Seterusnya ialah, ibubapa perlu mengelakkan diri daripada memberi hadiah gadget atau peralatan peralatan yang canggih seperti telefon dan iPad. Peralatan-peralatan yang canggih seperti ini akan menghalang kanak-kanak daripada bersosial dan berinteraksi antara satu sama lain. Kanak-kanak akan lebih fokus kepada gadget tersebut berbanding suasana kehidupan yang sebenar kerana gadget lebih menarik. Ibu bapa perlu mengehadkan masa bermain gadget dan menekankan lebih untuk mereka bermain dengan rakan-rakan mereka.

 

Kesan daripada tindakan ini, kanak-kanak tidak akan ketagih dengan gadget yang penggunaannya terlalu luas pada masa kini. Mereka akan diberi peluang untuk meneroka dunia dengan cara mereka bermain bersama rakan-rakan mereka. Menjadi keutamaan mereka untuk bermain kerana daripada bermain mereka akan dapat belajar dan mencari pengalaman. Jadi pengurangan penggunaan gadget akan memberi ruang untuk kanak-kanak belajar tentang dunia.

Cara-cara lain yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan guru ialah, membawa kanak-kanak ke tempat yang memerlukan interaksi antara satu sama lain seperti taman permainan. Kanak-kanak akan memerlukan kemahiran berinteraksi untuk berinteraksi dengan rakan-rakan atau orang lain. Jika mereka mempunyai kemahiran tersebut, mereka akan mudah untuk berinteraksi tetapi jika mereka tidak diajar atau tidak menguasai kemahiran ini, mereka akan menjadi kekok dan takut untuk berinteraksi, mereka tidak akan dapat menyampaikan apa yang mereka mahu sampaikan kepada orang lain.

 

Hasil daripada langkah yang dibuat ini, kanak-kanak akan belajar kemahiran berinteraksi dengan rela dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi yang perlu melibatkan kemahiran berinteraksi. Apabila mereka sudah mengetahui situasi yang memerlukan mereka berinteraksi dengan orang lain, mereka akan lebih  berani dan tidak menghadapi sebarang masalah untuk berinteraksi pada masa hadapan. Jadi langkah sebegini juga boleh diamalkan oleh ibubapa untuk melatih kanak-kanak mengatasi fobia mereka untuk berinteraksi.

 

Sebagai guru dan penjaga, menjadi tugas kita untuk mengajar kanak-kanak tentang cara cara berinteraksi. Kanak-kanak yang hendak menyesuaikan diri dengan dunia baru bagi mereka perlu diajar tentang kaedah dan cara berinteraksi. Jika tidak diajar, mereka akan mendapat kesukaran untuk memberitahu atau meminta sesuatu daripada orang lain. Ini akan menyebabkan mereka putus asa untuk berinteraksi. Jika mereka diajar cara-cara berinteraksi dengan betul, mereka mungkin dapat mengatasi ketakutan mereka untuk berdepan dengan orang lain.

 

Jadi kita perlulah mengajar mereka tentang interaksi bermula dari saat mereka mula bercakap kerana pada masa inilah mereka akan lebih mudah belajar berbanding jika mereka sudah dewasa kerana kanak-kanak pada tahap umur tersebut lebih mudah menerima sebarang pelajaran. Jadi haruslah ibu bapa mengajar dan mendidik anak-anak cara berkomunikasi.

 

Interaksi ini bukan hanya sekadar melalui percakapan, ianya juga boleh dilakukan melalui gerak badan, isyarat tangan, jelingan mata. Jadi sebagai ibubapa dan guru, kita haruslah mengetahui cara-cara yang kanak-kanak gunakan untuk berinteraksi dengan kita. Kadang-kadang kanak-kanak yang belum diajar cara berinteraksi ini akan menggunakan bahasa badan seperti peluk jika mereka suka dan meronta jika mereka tidak suka. Jadi kita perlulah teliti dengan segala gerak geri yang mereka lakukan agar tercapai hasrat mereka untuk berinteraksi dengan kita.

Seterusnya, cara-cara yang boleh ibubapa dan guru lakukan untuk mengatasi masalah kanak-kanak tidak mahu berinteraksi ialah dengan cara melayan dan banyakkan bercakap dengan kanak-kanak. Jika ibubapa kurang bercakap dengan kanak-kanak, mereka akan cepat berasa bosan dan berasa diri mereka diabaikan. Kesan daripada itu, kanak-kanak tidak akan mampu bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain pada masa hadapan tetapi jika ibu bapa kerap berkomunikasi dan berhubung dengan kanak-kanak, mereka akan berasa diri mereka dihargai dan kesan daripada itu, kanak-kanak akan senang bergaul dengan orang lain pada masa hadapan.

 

Kanak-kanak ini perlukan perhatian dan kasih sayang. Apabila ibubapa menunjukkan respon yang baik dan memberi perhatian yang cukup untuk kanak-kanak, mereka akan senang untuk menerima segala ajaran dan arahan daripada ibubapa. Apabila kanak-kanak bercakap atau memanggil ibubapa, ibubapa perlulah menunjukkan respon yang baik dan melayan semua yang ingin diperkatakan oleh anak-anak. Jika ini dapat dilaksanakan, kanak-kanak akan berasa seronok untuk berinteraksi dan akan menjadikan mereka petah untuk bercakap.

 

Bermain permainan yang melibatkan pasukan atau kumpulan. Permainan yang melibatkan pasukan ini akan memupuk kanak-kanak dan memaksa kanak-kanak secara tidak langsung untuk berinteraksi dengan ahli pasukan mereka. Apabila mereka berinteraksi, hasil yang dapat dilihat adalah kejayaan dalam sesuatu aktiviti berkumpulan kerana terdapat satu pepatah yang berkata “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh” yang menyatakan bahawa jika melakukan sesuatu bersama akan mendatangkan hasil yang baik dan jika tidak bersatu, kejayaan mungkin tidak akan dikecapi atau mungkin tidak dapat dikecapi. Jadi ibubapa boleh menerapkan kata-kata ini supaya anak-anak melibatkan diri mereka dengan interaksi antara satu sama lain.

 

Sebagai guru pula, ketika berada di dalam kelas, guru boleh menjadi pemerhati untuk memastikan mereka bekerjasama dan mencapai penguasaan berinteraksi dengan orang lain. Apabila mereka sudah mula melakukan kerja bersama dan mempunyai komunikasi yang baik. Hasil yang baik ataupun kejayaan telah dicapai oleh guru untuk melibatkan murid dalam berinteraksi. Guru juga mampu mengajar bahawa melakukan kerja bersama lebih bagus daripada bermain seorang diri. Sebagai seorang guru, murid-murid kebiasaannya akan mendengar kata dan akan cuba melibatkan diri mereka dengan interaksi sama ada dengan rakan ataupun guru secara tidak langsung.

Kanak-kanak akan berasa gembira sekiranya apa yang mereka lakukan mendapat pujian. Kanak-kanak selalunya akan melakukan sesuatu di hadapan orang dewasa dan mahu meraih pujian ataupun ganjaran. Kebiasaannya ibubapa tidak peduli atau tidak perasan dengan tindakan kanak-kanak yang mahu meminta perhatian daripada penjaga mereka. Jika perkara sebegini berterusan, berkemungkinan kanak-kanak akan berasa putus asa untuk berinteraksi dengan orang lain. Mereka menganggap bahawa orang dewasa tidak mengendahkan mereka. Tetapi apabila orang dewasa memberikan perhatian yang cukup. Kanak-kanak mungkin akan berasa gembira dan dihargai, dan daripada tindakan ini, mereka akan berasa yakin untuk terus berusaha. Daripada tindakan ini kanak-kanak akan berinteraksi dengan sendirinya.

 

Ibubapa boleh memberikan ganjaran atau pujian dan ianya dipanggil sebagai “token”. Ibubapa boleh memberikannya apabila anak-anak sudah mula bercakap ataupun semasa mereka mempelajari perkataan perkataan baru. Apabila diberi ganjaran sedemikian, anak-anak akan berasa gembira dan berusaha untuk belajar perkataan-perkataan baru. Sebaliknya jika ibubapa yang sibuk dengan pekerjaan dan tidak dapat meluangkan masa untuk kanak-kanak, kanak-kanak tersebut akan menjadi pasif dan tiada usaha untuk mempelajari ilmu-ilmu baru.

 

Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan mudah menerima ilmu baru kerana menjadi lumrah mereka yang senang belajar, jadi ibu bapa perlulah memberikan pembelajaran baru seperti bahasa dan banyak lagi perkara yang boleh diajar. Tetapi pada zaman ini, kebanyakan ibu bapa sibuk dengan urusan kerja dan memberikan gadget kepada anak-anak. Jadi anak-anak mereka boleh belajar perkara yang baru melalui internet. Tetapi jika berterusan begitu, berkemungkinan anak-anak akan belajar perkara yang tidak sesuai pada tahap umurnya kerana internet yang bebas mungkin akan mempengaruhi mereka. Dan kanak-kanak yang tersebut tidak akan terlibat dengan interaksi dengan orang lain.

 

Jadi ibubapa perlulah memberikan perhatian yang penuh dan menjadi pengajar utama untuk kanak-kanak kerana ibubapa yang mencorak anak-anak dan pengajaran yang diberi oleh ibubapa semestinya baik dan penuh dengan nilai murni berbanding dengan memberi kepada pengasuh ataupun pembelajaran menggunakan teknologi moden. Apabila ibubapa mendidik anak-anak, interaksi antara satu sama lain akan terjadi dan akan menyelesaikan masalah kanak-kanak yang tidak mahu berinteraksi.

 

 

6.0 PENUTUP

Sebagai penutup, boleh dikatakan bahawa tahun- tahun awal kanak-kanak mempunyai pengaruh kuat terhadap perkembangan sosioemosi kanak- kanak. Ibubapa serta pengasuh lain perlu sedar dan memainkan peranan dalam menyuburkan dan memupuk kognisi, emosi, sikap dan tingkahlaku yang positif di kalangan kanak-kanak.

Program pendidikan awal kanak- kanak yang berkualiti harus merangkumi perkembangan sosioemosi kanak-kanak di samping dalam peluang-peluang pengkayaan pembelajaran kognitif dan juga berbahasa .Tidak dinafikan bahawa pendidikan prasekolah harus menyediakan kanak-kanak untuk permulaan pendidikan formal di sekolah rendah dengan membekalkan mereka dengan pengetahuan dan juga kemahiran berfikir.

Namun, aktiviti untuk mengembang aspek- aspekini seharusnya tidak menjadi teras utama dalam program prasekolah.Dengan kemajuan teknologi yang ada,masa telah tiba di mana pemerolehan pengetahuan tidak akan lagi menjadi keperluan, kerana dengan hanya menekankan kekunci komputer, pelbagai jenis maklumat dapat dipamerkan dengan serta merta. Sebaliknya, perwatakan dan kebolehan sosial seseorang tidak boleh dikembangkan melalui teknologi .Aspek perkembangan insanini hanya dapat dikembangkan melalui perhubungan dan interaksi sosial antara manusia.


by:Henry Ului

No comments:

Post a Comment

SENARAI Lagu yang terbaik untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)

          Lagu yang terbaik untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)  biasanya melibatkan elemen muzik dan gerakan (action songs) untuk mer...